Perbuatan mengangkat tangan semasa imam berdoa pada khutbat Jumaat itu tidak pernah kita jumpa dalilnya tetapi selalu disebut dalam hadis seseorang itu bila berdoa dengan menadah tangannya ke langit. Rasulullah S.A.W. juga dijaporkan bila berdoa maka Baginda mengangkat tinggi dua tangannya sehingga kelihatan puteh ketiaknya. Jadi apa y dapat difahami sudah menjadi budaya orang berdoa itu akan menadah atau mengangkat tangan ke langit. Malah untuk menyatakan kesungguhan seseorang itu akan keperluan dan pergantungannya kepada Allah eloklah dia sekurang-kurangnya menadah tangannya ke langit disamping mengaminkan doa imam tersebut sebagai tanda benar-benar keberhajatannya kepada Allah. Perbuatan tersebut janganlah pula boleh menimbulkan kebencian antara satu sama lain.Wallahualam
13 June 2008
Sesungguhnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment