13 June 2008

Minyak Mentah Melambung

....Punca Harga Minyak Mentah Melambung


.....KELEMAHAN DOLAR

Kejatuhan nilai dolar berbanding mata wang asing utama telah menggalakkan pembelian komoditi emas hitam itu dianggap sebagai murah.

Sesetengah penganalisis berkata, para pelabur menggunakan minyak sebagai lindung nilai (hedge) kepada kelemahan dolar.

DANA

Sejak langkah Rizab Persekutuan AS mengurangkan kadar faedah pada pertengahan Ogos 2007, Bank Pusat menyuntik berbilion dolar ke dalam pasaran kewangan untuk mengatasi masalah kredit, kenaikan harga minyak dan emas. Pelaburan telah beralih dari dana pencen dan dana lindung nilai kepada komoditi termasuk minyak menyebabkan urus niaga berbentuk spekulatif meningkat.

PERMINTAAN

Pada masa lalu, kenaikan harga disebabkan terdapat berlakunya gangguan terhadap bekalan tetapi kini permintaan tinggi daripada AS dan China merupakan punca utama kepada masalah sekarang.

KEKANGAN BEKALAN OPEC

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Minyak (OPEC) mewakili sumber sepertiga bekalan minyak dunia telah mengurangkan pengeluaran pada akhir 2006 bagi menyekat kejatuhan harga. Terdapat anggota OPEC percaya bekalan mencukupi tetapi spekulasi menyebabka harga minyak mentah dunia melambung.

NIGERIA

Nigeria merupakan pengeluar minyak mentah kelapan terbesar dunia, mengurangkan pengeluaran minyaknya ekoran serangan militan terhadap industry minyak Negara itu.

IRAN

Para pengguna minyak bimbang berlakunya gangguan bekalan dari Iran, pengeksport keempat terbesar di dunia apabila ia terbabit dalam konflik dengan Negara-negara Barat tentang program nuklear.

IRAQ

Iraq masih bergelut utuk memulihkan industry minyak yang terjejas akibat peperangan, sekatan dan juga kekurangan pelaburan.

MASALAH LOJI PENAPISAN

Loji penapisan minyak di AS telah berdepan dengan masalah kekurangan bekalan.

No comments: