KRONOLOGI KENAIKAN HARGA MINYAK MENTAH SEJAK 1970
1970 :
Harga rasmi bagi miyak mentah Arab Saudi ditetapkan pada AS$1.80 setong.
1974 :
Harga melepasi AS$10 setong akibat perang Arab-Israel pada Oktober 1973.
1979 :
Harga melepasi AS$20 setong ekoran Revolusi Islam di Iran.
1980 :
Harga minyak mengatasi AS$30 setong buat pertama kali dan terus meningkat
kepada AS$39 setong awal 1981 akibat peperangan antara Iran dan Iraq.
September-Oktober 1990 :
Harga minyak meningkat lagi sehingga AS$40 setong yangdipengaruhi oleh langkah Iraq mencerobohi Kuwait.
Ogos 2005 :
Harga minyak melepasi AS$70 setong apabila taufan Katrina melanda Teluk Mexico memusnahkan pusat penyimpanan minyak utama pesisir pantai.
28 Disember 2007 :
Harga minyak mencecah AS$79.90 setong selepas pembunuhan bekas Perdana Menteri dan ketua pembangkang Pakistan, Benazir Bhutto.
2 Januari 2008 :
Harga minyak direkodkan pada AS$100 setong. Berikutan kebimbangan isi keganasan di Negeria, ketikdakstabilan politik Pakistan &masalah bekalan di Amerika.
13 Mac 2008 :
Minyak pertama kali ditutup di atas paras AS$110 setong disebabkan spekulasi kejatuhan nilai dolar Amerika, di sampig peningkatan permintaan India dan China.
9 Mei 2008 :
Krisis di Nigeria menyebabkan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan dengan harga minyak meningkat pada AS$126 setong.
21 Mei 2008 :
Harga minyak melonjak ke paras AS$133.82 setong, selepas pengumuman data penurunan luar jangkaan jumlah simpanan minyak Amerika dan kenaikan permintaan di China
7 Jun 2008 :
Kenaikan harga minyak y tertinggi dalam sehari sebanyak AS$10.75 (RM34.93) untuk mencatat rekod baru AS$138.54 (RM450.25) setong apabila Israel menyatakan kesediaannya untuk menyerang Iran
No comments:
Post a Comment