MINYAK Oh MINYAK…
Buku 'The Age of Turbulance' ditulis oleh Alan Greenspan, bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS. Buku ini sarat dengan hal ekonomi turut memperlihatkan peranan Amerika di sebalik peristiwa besar ekonomi dan politik dunia. Buku ini turut menyentuh tujuan sebenar serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq adalah bermotifkan minyak. Perancangan AS sudah bermula ketika serangan Iraq ke atas Kuwait pada awal 1990-an yang membuka ruang kepada campur tangan Amerika di Teluk. Sebenarnya niat AS untuk menguasai minyak dunia bermula apabila berlakunya sekatan minyak Arab pada 1973 ketika berlakunya perang Arab-Israel. Jesteru, dasar Amerika dalam mengatur kepentingan strategiknya di seluruh dunia sudah mengambil kira minyak sebagai sejata penting baginya. Minyak sebagai strategi AS juga dapat dikesan dalam perang AS-Afghanistan. Walaupun Afghanistan bukanlah pengeluar minyak, tetapi bagi Amerika negara ini penting sebagai laluan minyak dan gas dari Asia Tengah dan negara bekas Soviet
No comments:
Post a Comment