16 June 2008

SINGAPURA dan MALAYSIA

APAKAH YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN SINGAPURA

Kenderaan Malaysia y ingin memasuki Singapura dikenakan bayaran (SEHARI) ;

o Motosikal = RM9.40

o Kereta = RM44.80

Melarang rakyat Singapura atau penduduk tetap memiliki kenderaan asing.

Mengenakan saman y tinggi iaitu RM163.80 terhadap kenderaan Malaysia yang tidak mempunyai mesin IU (digunakan untuk membayar VEP dan tol secara automatik) ketika melalui lebuh raya bertol. Kos pemasangan IU, sebanyak RM362.70 seunit.

Setiap kereta Singapura y ingin meninggalkan republik itu, menunjukkan bacaan meter minyak sekurang-kurangnya ¾ daripada bacaan penuh. Jika kurang, saman sebanyak RM1170 akan dikenakan.

Mengenakan yuran RM351 sebulan terhadap setiap pekerja asing yang memegang permit kerja termasuk Malaysia.

Mengenakan cukai (GST) sebanyak 7% terhadap setiap barang y dibeli sama ada rakyat Singapura sendiri atau rakyat asing.

Memastikan rakyat Malaysia y disaman kerana kesalahan lalu lintas membayar saman pada hari yang sama saman dikeluarkan sebelum meninggalkan Singapura.

Ø Malaysia tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap kenderaan Singapura yang masuk ke negara ini.

No comments: