22 June 2008

Perkahwinan Wayne Rooney

Kos majlis perkahwinan Wayne Rooney dengan Coleen McLoughlin (12 JUN) dianggarkan bernilai RM 31.5 juta termasuk 4 jet peribadi y disewa untuk menerbangkan 64 tetamu ke lokasi perkahwinan di Villa Durazzo, Itali dan cincin perkahwinan bernilai RM 630,000.

RM 2.52 juta dibayar kepada kumpulan penyanyi Westlife untuk menyanyi pada majlis tersebut selain mengundang London Gospel Choir (kumpulan koir di UK). Pengantin dan tetamu dihiburkan dengan satu pertunjukan bunga api y menelan belanja RM 315,000.
Pasangan pengantin juga turut membelanja ibu mereka dan rakan2 untuk makan tengah hari,malam serta sesi rawatan kecantikan dan kecergasan tubuh di sebuah hotel di Manchester y menelan belanja RM 315,000. Kos untuk berhibur di Miami jula berjumlah RM 378,000 dan bersukaria di sebuah kelab malam di Manchester RM 315,000.
RM 157,300 diperuntukkan untuk mengupah pengawal keselamatan bagi majlis perkahwinan tersebut. Ini smua tidak termasuk dengan percutian mewah Rooney dengan 25 rakannya di Eden, San Antonio iaitu menjelang perkahwinannya selama 4 hari. Rooney juga menjual hak eksklusif gambar dan maklumat perkahwinan kepada majalah OK! Dengan harga RM 15.75 juta. Hmm... Sungguh KAYA pemain Bola Sepak Manchester United ini...

No comments: